nuf

Sabtu, 30 April 2011

Cara untuk lepas dari cengkaman hutang

Salam 1 Malaysia,

Hari ni aku nak membincangkan satu isu yang semua orang mengalaminya iaitu masalah hutang. Camane cara nak selesaikan hutang? Aku dah survey macam-macam cara yang terbaik untuk selesaikan masalah tersebut. Cuma satu cara je yang paling berkesan iaitu jangan berhutang. Memang kita tak boleh lari dari hutang, nak beli apa-apa pun kene hutang. Rumah, kereta, peti sejuk, tv, dan lain-lain lagi. Sampai satu tahap, tak larat nak bayar hutang. Akhirnya muflis.
Sebenarnya hutang ni macam ada hantu. Ia sentiasa menghantui diri kita tak kira masa. Pelik aku bila mengenangkan masalah hutang ni.

Kenapa aku sarankan supaya jangan berhutang? Sebenarnya daripada survey yang aku buat, belum ada lagi cara yang betul-betul bagus untuk membayar hutang. Ada agensi/individu yang mengatakan kononnya diorang ada cara untuk langsaikan semua hutang. Tapi bila aku tengok website atau menghubungi mereka, tak ada seorang pun yang ikhlas nak membantu melainkan hanya nak mengambil kesempatan semata-mata. Dunia sekarang ni orang berlumba-lumba nak kaya. Semua orang nak lari dari cengkaman hutang. Macam-macam usaha yang dilakukan. Ada yang berjaya dan ada yang terpaksa menambah hutang. Kenapa tambah hutang?

Sebenarnya boleh dikatakan semua agensi/individu yang mengatakan kononya mereka mempunyai rahsia hebat untuk membayar hutang itu adalah penipu semata-mata. Aku bagi satu contoh yang paling hebat. Tahun lepas aku tengok kat satu website yang menjanjikan peluang keemasan untuk kaya dan terlepas dari cengkaman hutang. Aku cuba hubungi owner website tu dan tak lama dia pun balas, sila tinggalkan nombor telefon dan saya akan hubungi anda dengan segera. So aku pun tinggalkan nombor telefon seperti yang diarahkan. Aku pun tunggu la mamat ni call. Tak lama lepas tu dia call, kami pun memperkenalkan diri masing-masing dan lepas tu kami berbincang la tentang masalah yang aku hadapi ni.

Lama kami berborak, dia mula mengayat aku pasal rahsia yang kekayaan dan cara melangsaikan hutang yang dia praktikkan. Aku ingatkan mamat tu betul-betul ada rahsia sebenar. Rupa-rupanya bisnes MLM. Dia siap sembang lagi pasal bonus la, itu la, ini la. Dalam hati aku dah agak dah. Tapi takpe aku layan je. Sampai ke satu tahap aku tanya dia pasal modal. Korang nak tau ape dia cakap. Kalau nak kaya, hati kena besar, kita kena berani menghadapi cabaran. Jangan fikirkan modal, tapi fikirkan pulangan yang kita dapat. Aku pun mengangguk je dengar dia cakap tu. Rasa nak lempang pun ada, punya la panjang lebar dia cakap, tapi tak gak bagitau berapa modal yang diperlukan. Last-last aku tanya dia lagi, berapa modal yang diperlukan bang? Dia pun cakap la sekian banyak. Aku cakap aku takde duit. Dia balas, itu tak jadi masalah sebab dia ada ramai kawan-kawan yang boleh tolong uruskan pinjaman kat Bank Rakyat. Mak aih.....korang tengok tu, tak ke menambah hutang namanye. Bisnes tak jalan lagi, tapi hutang dah berjela-jela.

Kes kedua, lebih kurang sama jugak ceritanya. Tapi kali lebih professional sikit cara dia menipu. Aku search kat google cara nak selesaikan hutang. Tiba-tiba aku terklik kat satu link vacancy. Kerja dari rumah katanya. Dalam hati aku kata, ok jugak tu. Asalkan aku boleh tambahkan pendapatan dan lepaskan diri dari hutang. Berbalik kepada laman web vacancy tadi, aku beriya la hantar emel kat mamat tu. Mana tau kot-kot kali ni betul-betul boleh membantu. Dapat la meringankan beban hutang yang ada ni. Aku tunggu bila la mamat ni nak balas emel. Rupanya 3 hari lepas tu baru dia nak balas. Sibuk melayan customer katanya. Wah, hebat gila mamat ni. Ramai betul customer dia, sampai 3 hari baru sampai turn aku.

So dia pun tanya apa masalah aku dan betul ke aku berminat dengan kerja ni. Aku pun jawab la aku memang betul-betul berminat. Dia pun segera terangkan kat aku pasal kerja yang tertera dalam iklan dia. Rupa-rupanya bukan kerja tu yang aku dapat, tapi kerja lain pulak yang datang. Katanya aku kena promote iklan. Bila orang daftar dengan dia, aku dapat komisen. Tapi syaratnya aku pun kene daftar untuk layak jadi ahli. Bayaran untuk pendaftaran tu memang la murah, tapi aku rasa macam tak berbaloi untuk buat kerja tu. Nak buat adword je dah berapa hengget? Pulangan belum tentu lagi. Ish...baik tak payah...tengok! Penipu lagi.